Ads 468x60px

Wednesday 4 September 2013

CORETAN DIRIKU

Assalammualaikum…


Akhirnya pengenalan pertama  yang dinanti berjaya juga dihasilkan…terima kasih Nisa Nua atas tunjuk ajar . Sebelum ini saya sudah  cuba buat blog sendiri tanpa ada bimbingan siapa2 tapi sampai sekarang tak berhasil ..Lain belaja sendiri dengan berguru ni.Guru boleh membimbing kita kalo tersilap langkah tapi belaja sendiri kalo salah tiada siapa yang tegur..betul tak..Menulis blog ni betul2 memerlukan masa dan komitmen yang gitu..Tapi kalo nak seribu daya tak nak seribu alasan..
Banyak pulak saya celotehkan..Tula dah mula nak berkarangan ni ayat pun bunga2 la dulu…Saya ceritakan serba sedikit latar belakang saya dan family.Nama saya Norashikin Binti Saaaid. Saya mempunyai dua orang hero yang comel dan aktif, Muhammad Aqif Shafi 3 tahun dan Muhammad Arif Ziqri 2 tahun hasil perkongsian hidup dengan Afif Bin Amir.
Saya dilahirkan di Sabak Bernam Selangor dan membesar di Kajang..Saya mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kajang dan Sekolah Agama Simpang Balak.Manakala Pendidikan menengah pula di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat(SAMTEN).Selepas itu saya sambung belajar  ke Matrikulasi Maxisegar Rawang selama 1tahun dalam jurusan sains fizik.Untung lahir 1984 ni sebab tahun ni je matrikulasi setahun lepas tu dah mula 2tahun.Habis matrik terus masuk UM dalam jurusan kejuruteraan Elektrik selama 4tahun..lamanye..tapi tak terasa pun 4tahun tu.Selama  4tahun tu saya tinggal di Kolej KEdiaman Pertama.Kolej yang banyak memberi nostalgia suka dan duka.
Selepas bertungkus lumus belajar akhirnya Alhamdulillah dapat kerja pertama di JVC Manufacturing Malaysia Sdn Bhd.Rasa penat blaja tu berbalas la bila dapat kerja. Saya mula bekerja pada 27 Jun 2007 sebagai Jurutera Elektik di bawah jabatan Research & Developmetn Centre.Selama bekerja di JVC ni banyak suka dan duka, tawa dan tangisan.Masih ingat lagi mula2 masuk fasa pekerjaan bermacam dugaan dan cabaran.Masa tu saya tak mampu lagi beli kereta dan kerja saya memerlukan kerja lebih masa. Jadi terpaksa la saya naik bas hari2 selama  4bulan. Lepas tu baru dapat beli kereta untuk memudahkan saya ualng alik dari rumah sewa ke ofi s dan boleh la saya buat OT. Hari2 boleh dikatakan balik pukul 10 atau lebih. Kalo tak OT keje tak siap la. Nak tahu apa yang saya buat?.Saya design board dan buat testing audio produk. Pernah tak tengok board warna hijau pastu di borad tu ada part kecik2 contoh perintang, kapasitor dan IC.Itu la yang saya design.Dari  zero to hero. Maksudnya sampai audio produk tu berfungsi la. Paling seronok kalo dapat baiki board yang rosak. Rasa nak bagitahu satu dunia yang board aku dah berfungsi..lalalala..Persekitaran kerja di JVC memang seronok walaupun banyak keje tapi masa borak tu mesti ada.Tapi masa rehat jela kitaorang borak pun.Hari demi hari dan tahun demi tahun ramai senior yang ambil VSS sebab syarikati kerugian dan tak mencapai profit yang ditetapkan.Ramai yang berhenti dan bertukar ke company yang lebih stabil.Tapi  belum ade rezeki lagi nak tukar.Keinginan tu ada tapi saya nak tunggu dulu sebab kami dah beli rumah kat Bandar teknologi Kajang jadi lebih baik cari kerja berdekatan dengan rumah.Dah serik la kerja ulang alik dari Damansara ke Shah Alam..Balik keje nak tempuh kesesakan jalan LDP tu…nak kejar2 masa amik anak lagi..kalo lambat ambik anak2 rasa bersalah dan rasa kesian pulak duduk lama2 kat rumah pengasuh. Akhirnya rumah kami siap pada Bulan Julai 2012..saya pun kene mula cari kerja lain tapi takde rezeki lagi..
Pada bulan Oktober 2012 apa yang terjadi?..jeng jeng jeng..Perjumpaan diadakan untuk memberitahu yang Jabatan R&D audio akan ditutup berkuatkuasa pada 31 Oktober 2012..semua senyap dan terkejut.Sebulan saja saya dan kawan2  kene cari kerja lain.Masa ni ada yang marah ada yang nangis tapi saya pulak takde apa2 perasaan sebab saya memang nak berhenti  dan saya fikir ini rezeki saya.Saya berhenti dengan dapat duit pampasan lebih dari RM15K..Alhamdulillah..Rezeki untuk rumah baru saya.
Dalam sebulan tu asyik mengadap jobstreet je.Akhirnya saya dapat offer dari dua company iaitu IRIS Corparation dan SONY EMCS.HAsil perbincangan denagn hubby kami sepakat memilih SONY sebab dekat dengan rumah dan kalo apa2 berlaku pada anak, saya sampai cepat .Alhamdulillah rezeki dari ALLAH, Allah akan bagi bila kita betul2 inginkan sesuatu.Bermula la fasa baru bekerja di SONY, persekitaran berbeza 90% tapi saya tetap design board. Di sony kemahiran kita hanya design board sahaja.Kerja lain tak sentuh pun berbeza dengan JVC sebab  saya la yang design, baiki board, buat testing, dan macam2 lagi..Banyak Ilmu saya pelajari di JVC.
MINAT? Semua orang mesti ada minat masing2 kan.Apa yang saya minat yer.errrmmmm...Saya suka melukis. Saya ada kemahiran melukis tau..Saya suka kepada bende yang nampak cantik seperti hiasan dalaman, hiasan luaran, dekorasi. Kalo nak tahu saya pun kreatif bab design card.Masa belajar dulu setiap kali birthday boyfren saya (hubby dah sekarang), saya buat card birthday sendiri.Siap ada tali boleh gantung kat dinding.Untung hubby saya sekarang.Isteri die kreatif..hehe..Kad tu masih tersimpan rapi..kalo ada masa saya upload kan nnt yer..
Masuk bab bisnes pulak . Saya pernah jual tudung secara kecil-kecilan di ofis.Mula jual tudung sebab orang asyik puji tudung saya cantik. Cantik ke?.mumgkin saya pandai pilih tudung kot.Saya pun fikir baik saya buat bisnes jual tudung. Tapi sebab takde modal untuk jual jadi saya hanya jual di ofis saya dan ofis kakak saya. Untung sikit2 tu adalah lepas tu saya berhenti jual tudung sebab takde modal . Saya nak buat bisnes tapi saya tak tahu selok belok bisnes dan saya takde keyakinan dan semangat yang kental masa tu. Walaupun gaji saya cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga tapi saya fikir sampai bile saya nak makan gaji je.Kalo increment pun setakat  rm150 setahun.Cukup ke dengan harga keperluan, barang untuk anak2 seperti pampers dan susu yang semakin meningkat. Impian saya banyak tapi takkan saya nak duduk dalam zon selesa sampai umur 50. Saya tekad untuk mengubah kehidupan family saya. Bermula la saya bekerja part time sebagai SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR.Kenapa saya memilih Shaklee  1) Tiada Modal diperlukan 2) Keberkesanan produk 3) Bonus bulanan, bonus kereta, bonus persidangan national.
Matlamat atau Impian?Macam mana kita nak capai matlamat tu.Mesti ada target dan kesungguhan beserta usahakan..Apa yang saya praktikan saya tulis dalam buku matlamat saya dengan jelas dan spesifik.Nak tahu ke MATLAMAT saya?
MATLAMAT 3TAHUN DARI SEKARANG
1)      BAWA MAK AYAH PERGI UMRAH PADA 25 MAC 2015 (Persidangan National)
2)      BAWA MAK AYAH PERGI HAJI PADA 1 DIS 2016
3)      BEBAS HUTANG-PTPTN,PERSONAL LOAN PADA 9 MEI 2015
4)      FAMILI UMRAH PADA 25 JUN 2015
5)      FAMILI HAJI PADA BULAN PUASA 2020
6)      BELI KERETA CRV 2.4L WARNA BIRU(CAR BONUS) PADA 1 JAN 2015
7)      RENOVATE RUMAH DAPUR(RM15K)PADA 25 DIS 2014, LAMAN SANTAI(RM5K)2 FEB 2015, PORCH(RM10K)2 FEB 2015, BERANDA (RM10K) PADA 1 MAC 2015
8)      SIMPANAN 30% DARI BONUS BULANAN START SV & INVESMENT 20% DARI BONUS START SR SV
9)      WAHM 1 APRIL 2015
MATLAMAT 6 TAHUN DARI SEKARANG
1)      MEMPUNYAI BISNES PAKAIAN MUSLIMAH JENAMA SENDIRI SEPERTI TUDUNG, JUBAH, SKIRT, BLAUS



1 comments:

iamja77 said...

tumpang lalu... saya dah habis baca.. saya pun baru jd member shaklee. nak jadi mcm awak gak.. penat dah kerja. anak nak masuk 5. Huhuhuhu..

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...