Ads 468x60px

Thursday 19 December 2013

DAY 7: A BOOK YOU’D RECOMMEND

Teks: Shikin Saaaid

Saya ini suka membaca tapi selepas ada anak ni dah jarang membaca. Kalo baca buku pun mungkin amik masa seminggu ke 2minggu.hehe. Tapi kali ini saya nak kongsi antara buku yang saya cadangkan untuk anda baca. Tak rugi pun malah banyak memberi peringatan dan ilmu serta mendekatkan diri pada Maha Pencipta kita.


MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI
FATHURI SALEHUDDIN
Harga:  RM24

Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya Menjemput Rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami ‘peristiwa mendapat rezeki’ daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya!

... ada pula janji menarik daripada Allah bagaimana untuk menambah rezeki. Bukan itu sahaja, malah diberi pula formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berada di tangan boleh terus berkembang. Bukan sekadar itu, Allah berikan lagi formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berkembang dan bertambah banyak tidak pula musnah.
Saya percaya dan rasa sangat yakin, dengan mengetahui formula ini, kita sudah menemukan kunci bagaimana untuk keluar daripada kesulitan hidup khususnya perihal rezeki. 







0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...