Ads 468x60px

Showing posts with label Ulasan Ebook. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Ebook. Show all posts

Saturday, 21 September 2013

ULASAN EBOOK PANDUAN MULA BISNES BUTIK ONLINE/OFFLINE

Teks: Shikin Saaaid
Salam Berhujung minggu sahabatku yang manis senyumannya..
Alhamdulillah semoga Allah melindungi dan memberi rahmat pada hari ini..Akhirnya siap juga ulasan untuk Ebook yang ke-2 dari penulis yang sama Puan Masayu Ahmad iaitu EBOOK PANDUAN BISNES BUTIK ONLINE/OFFLINE. Sepertimana yang kita sedia maklum, aktiviti jual beli secara online di Malaysia mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan dari semasa ke semasa. Pada hari ini membeli barangan-barangan fizikal melalui internet telah menjadi satu gaya hidup yang biasa oleh pengguna internet di Malaysia ini.Dengan kemudahan hanya di hujung jari terdapat lambakan produk online  boleh kita temui di internet. Pada tahun 2012 sahaja dianggar kan 50% rakyat Malaysia membeli belah secara online. Hanya melihat di skrin computer sahaja mereka dapat membuat perbandingan produk dari segi harga dan kualiti material tanpa perlu bersesak-sesak  dengan jem dan berebut-rebut parking kereta di samping dapat menjimatkan masa.

Oleh itu, sebelum memulakan apa-apa bisnes pun ilmu itu amat penting. Tanpa ilmu perniagaan seperti berlayar tanpa arah tuju. Justeru itu, Ebook ini diterbitkan untuk membantu mereka di luar sana yang bercita-cita untuk memulakan bisnes butik secara online mahupun offline. Ebook ini boleh memberi gambaran dan tunjuk ajar kepada bakal usahawan butik agar dapat melengkapkan diri  dengan ilmu terlebih dahulu sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang penuh berisiko. Justeru itu,penting untuk  menentukan produk mana yang kita paling minat dan mendapat permintaan tertinggi  kerana dari situ akan memudahkan kita melakukan perniagaan dengan bersungguh-sungguh dan komited.

Memulakan langkah dengan mencari sumber bekalan produk dan pastikan modal yang mencukupi  untuk aktiviti perniagaan. Kemahiran asas bisnes juga perlu dimiliki oleh bakal usahawan butik supaya dapat melancarkan urusan bisnes. Langkah demi langkah di huraikan secara mendalam  dalam Ebook ini supaya bakal usahawan dapat membuat analisa dan perbandingan sebelum memulakan perniagaan. Tidak kira bidang perniagaan apa pun yang anda ceburi Ebook ini dapat membuka minda anda dalam membina empayar perniagaan.Anda pasti tidak akan merasa rugi memiliki Ebook ini kerana isi kandungan yang padat dan mantap terserlah dalam penulisan Puan Masayu.

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai EBOOK PANDUAN MULA BISNES BUTIK ONLINE/OFFLINE anda boleh emel ke shikinsaaaid@gmail.com

Friday, 20 September 2013

ULASAN EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM

Teks: Shikin Saaaid
Assalammualaikum bakal WAHM dan ibu2 WAHM
Alhamdulillah usai sudah membaca  EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM. Baru hari ini berpeluang menulis ulasan untuk ebook berhalaman 119 mukasurat yang dikarang oleh wanita hebat Masayu Ahmad. Orangnya kecil molek tapi pemikiran dan idea penulisannya begitu besar dan bermanfaat.Seharian membaca ebook ini memberi  1001 jalan penyelesaian sebelum bergelar WAHM(Working at Home Mom)pada masa akan datang. Suka saya mengenai tulisan beliau selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kembali.Sesuai dengan fitrah dan tuntutan Al-Quran dan  sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk sahaja tapi menyumbangkan sesuatu untuk keluarga dan masyarakat..Oleh itu,pentingnya mempunyai target kerana bergelar WAHM bukan boleh diperolehi sehari atau sebulan sekiranya kita adalah penyumbang kepada  sumber pendapatan keluarga. Karangan dari beliau yang saya masih ingat sekiranya anda ingin menjadi WAHM perlulah mempunyai perancangan 1tahun dari sekarang .
Sebenarnya perasaan meluap-luap untuk berhenti kerja memang ada dalam diri saya selepas bersalin anak pertama lagi tapi disebabkan sumber kewangan keluarga yang tiadak berapa kukuh  jadi saya ‘pause’ dulu hasrat itu. Sudah pasti semua ibu mempunyai impian untuk menjaga dan membesarkan anak di depan mata sendiri. Untuk merealisasikan impian itu saya perlu mempunyai perancangan yang bijak kerana kehidupan saya akan berubah 3600 apabila bergelar WAHM nanti. Justeru itu saya telah mengambil langkah inisiatif dengan melibatkan diri dalam Bisnes MLM secara sambilan terlebih dahulu sebagai jalan selamat sebelum mendapat pulangan hasil yang saya impikan. Ebook ini boleh diungkap kan kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan kerana sebelum ini jalan menuju ke WAHM itu nampak berliku-liku dan perasaan kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri  begitu tebal tapi setelah membaca  EBook ini ia menjadi sebagai satu bentuk pertolongan untuk kita meneruskan perjalanan itu sampai ke destinasi yang ingin kita tuju.Setiap halaman memberikan  info-info  dan tips-tips  yang menarik dan bermanfaat sehingga membawa pembaca ingin mengetahui lagi dan lagi sampai ke muka surat terakhir.
Selain itu Perkongsian pengalaman pahit, suka dan duka dari wanita-wanita hebat dalam Ebook ini dapat menaikan semangat dan menjadi inspirasi saya untuk  yakin dan percaya yang setiap cabaran dan dugaan perlu dilalui dengan penuh kesabaran kerana dipengakhiran nanti akan memberi sejuta kegembiraan. Bak kata pepatah Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Pengalaman ini boleh dikutip sebagai panduan yang sukar diperolehi dimana-mana. Saya tertarik dengan kata-kata Puan H dalam Ebook ini seperti
Bagi saya cabaran datang dari diri sendiri. Jika kita bijak mengurus masa dan berdisiplin
tiada masalah dan cabaran yang tak dapat diatasi. Tidak dinafikan bekerja di rumah sangat
menuntut kesabaran dan kekuatan mental, fizikal dan jiwa yang kental. Ini kerana kita perlu
menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan memberi perhatian kepada anak-anak. Pada masa
yang sama kita perlu FOKUS kepada perniagaan. Tetapi, setiap cabaran tersebut boleh diatasi
dengan syarat kita berdisiplin, sabar dan tidak merungut.’

Saya setuju dengan pendapat Puan H, cabaran yang perlu kita atasi ialah diri sendiri. Jika kita lemah pasti tersungkur ditengah jalan tapi kalau kita kuat dan kental dalam menghadapi segala macam rintangan dengan kerenah anak-anak, perniagaan, keperluan harian dan pengurusan rumahtangga pasti Allah akan membantu hambaNya yang sabar. Sentiasa berfikiran positif dengan banyakkan membaca buku-buku ilmiah, motivasi dan keagamaan.
Mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa ketika dirumah penting supaya rutin harian dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.Kita perlu bijak mengatur masa kerana  bekerja di rumah memerlukan komitmen dalam pengurusan rumahtangga dan anak-anak serta pengurusan perniagaan. Tips Sukses Urus Masa yang terdapat dalam Ebook ini boleh dijadikan rujukan supaya dapat membahagikan tugasan mengikut keutamaan masa yang betul dan realistik. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes.Manakala dalam pengurusan stress pula penulis menekankan supaya sentiasa memulakan kerja dengan aura positif dan tidak tergesa-gesa dalam menempuh hari yang sibuk.Tekanan berlaku disebabkan kita yang tidak mampu mengawal tekanan dengan cara yang betul. Oleh itu,kita perlu mengagihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh agar tugasan siap mengikut masa yang ditetapkan.
Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat mejadi WAHM bukan angan-angan mat jenin semata-mata tapi perlu di buktikan dengan usaha dan komitmen yang jitu. Pengalaman dari ibu-ibu yang telah pun berjaya menjana pendapatan mencecah 6 angka walaupun hanya bekerja di rumah menjadi pembakar semangat untuk bakal-bakal WAHM di luar sana. Disebalik kejayaan mereka tersimpan bermacam-macam dugaan dan tangisan yang menjadikan mereka semakin kuat untuk menempuh benteng kehidupan. Semoga kita bersama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Sekian Wallahua’lam
Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai EBOOK SUPERWAHM SUPERMOM ini boleh emel ke shikinsaaaid@gmail.com

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...