Ads 468x60px

Thursday 19 December 2013

DAY 7: A BOOK YOU’D RECOMMEND

Teks: Shikin Saaaid

Saya ini suka membaca tapi selepas ada anak ni dah jarang membaca. Kalo baca buku pun mungkin amik masa seminggu ke 2minggu.hehe. Tapi kali ini saya nak kongsi antara buku yang saya cadangkan untuk anda baca. Tak rugi pun malah banyak memberi peringatan dan ilmu serta mendekatkan diri pada Maha Pencipta kita.


MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI
FATHURI SALEHUDDIN
Harga:  RM24

Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya Menjemput Rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami ‘peristiwa mendapat rezeki’ daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya!

... ada pula janji menarik daripada Allah bagaimana untuk menambah rezeki. Bukan itu sahaja, malah diberi pula formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berada di tangan boleh terus berkembang. Bukan sekadar itu, Allah berikan lagi formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berkembang dan bertambah banyak tidak pula musnah.
Saya percaya dan rasa sangat yakin, dengan mengetahui formula ini, kita sudah menemukan kunci bagaimana untuk keluar daripada kesulitan hidup khususnya perihal rezeki. 







DAY 6: A PICTURE, SCENE FROM A MOVIE OR A JOKE THAT MAKES YOU CRACK UP

Teks: Shikin Saaaid

Gambar ini masa bulan februari tahun ini. Setiap kali tengok gambar ini pasti airmata akan mengalir.Ini gambar anak kedua saya Arif. Di masukkan ke KPJ kajang kerana demam panas, selesema dan sakit mata selama 5hari. Kami suami isteri terpaksa berkampung di hospital dan bergilir-gilir menjaga Arif.  Abang pula mak yang bantu menjaganya. Sedih rasanya melihat anak yang aktif dan lincah menjadi pendiam dan tidak selera makan.

Alhamdulillah anak kembali sihat. Sebagai peringatan pada kami dan ujian dari Allah. Di sebabkan itu saya mula mencegah dari terjadi lagi dengan ikhtiar mengambil produk Shaklee supaya dapat meningkatkan imunisasi badan anak-anak saya. Tahu-tahu jela kan kalau anak di tempatkan di Nuseri banyak yang perlu dijaga terutama bab kesihatan. Bermacam-macam penyakit boleh berjangkit. Yang penting kesihatan anak diutamakan. Nak tahu ape yang saya beri untuk anak-anak saya. Boleh whatsapp/Pm/call.




DAY 5: YOUR TOP 5 SONG OF ALL TIME

Teks: Shikin Saaaid

Kalau nak cerita pasal lagu memang tak habis la. Saya jenis yang simple je. Tak kisah lagu tu balada ke rock ke jazz ke yang penting lagu tu mempunyai alunan muzik yang menarik  dan lirik yang bagus sudah cukup memikat hati dan jiwaku. Cewah..

Jom saya kongsi dengan anda 5 lagu ngetop pilihan hati:

TOP 5: Akulah Kekasihmu dari AXL
TOP 4: Rahsia Pohon Cemara dari EXIST
TOP 3: Bahagiamu Deritaku dari HAFIZ AF
TOP 2: Sandiwara Cinta dari REPVBLIK
TOP 1: Bertakhta di Hati dari FARADHIYA

Lagu Faradhiya jadi TOP 1 tu. Ada maksud tersirat dari lagu ini. Ini adalah lagu saya dengan hubby masa hangat bercinta dulu. Die tujukan lagu in pada saya. Hubby suruh dengar dan hayati lirik lagu ini. Kaau lagu ini berkumandang di radio pasti akan ingat detik-detik percintaan kami. Tu yang istimewa lagu ni pada saya.

Saya kongsi lirik ini khas untuk anda yer.

Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat... lihat...
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat... lihat...
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (dihati)


Sebelum ku kenal

Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang.





DAY 4: ALL ABOUT MY PARENT

Teks: Shikin Saaaid

Kali ini saya ingin berkongsi cerita mengenai ibu bapa saya yang merupakan orang paling penting dimana saya berada sekarang. Semestinya jasa dan pengorbanan mereka tidak dapat kita balas. Membesar dalam keluarga yang penuh kesederhanaan mengajar saya erti hidup sebenar. Mungkin ini menjadi pendorong untuk saya Berjaya dan mengubah hidup keluarga.

Ayah, Saaaid Bin Ibrahim seorang Pesara kerajaan berumur 62 tahun. Beliau dilahirkan di Sabak Bernam,Selangor.Sebelum ini beliau bekerja sebagai Pengawal keselamatan di Radio Televisyen Malaysia,Kajang. Beliau seorang yang garang dan tegas.Walaupum garang tapi ada masa juga beliau seorang yang kelakar dan membuat anak-anak ketawa.

Beliau sering memberi kata-kata motivasi supaya Berjaya dalam pelajaran untuk kesenangan di masa hadapan.Beliau tidak mahu anak-anak mengikut jejak langkah belaiu yang hanya bersekolah sampai tingkatan 3 sahaja. Di sebabkan kesempitan hidup pada masa itu ayah sanggup berhijrah ke KL untuk mencari pekerjaan. Banyak pengajaran dan  pengalaman yang ayah ceritakan pada kami adik beradik.

Emak pula Salmah Binti Hassan Basri seorang Guru Kafa di Sekolah Rendah Agama Sungai Sekamat dan sekarang berumur 56 tahun. Mula mengajar pada tahun 1997. Sebelum itu mak hanya suri rumah sepenuh masa. Di sebabkan pendapatan ayah tidak cukup untuk menampung pembelanjaan keluarga kami jadi mak akhirnya tekad untuk membantu meringankan beban ayah. Mak seorang yang lembut dan penyabar. Saya kagum denagan mak, walaupun ada masalah beliau tidak akan tunjuk depan anak-anak. Kekuatan emak yang menjadi saya kuat pada hari ini.

Terima Kasih Mak dan Ayah atas jasa dan pengorbanan selama membesarkan Angah dan adik-adik lain. Mungkin kami tak dapat membalas jasa mereka tapi angah tak kan lupa berdoa untuk mak dan ayah.Impian angah ingin membawa mak dan ayah pergi haji pada tahun 2015.

Love both of you forever N Ever


Friday 13 December 2013

DAY 3: A PLACE OR THING THAT YOU IN LOVE WITH

Teks: Shikin Saaaid


Lama jugak nak fikir tempat yang saya paling suka sebab saya bukan selalu pergi melancong. Jadi rasanya belum jumpa tempat yang membuatkan saya jatuh cinta pandang pertama lagi. Pada  saya mana pun tempat yang kita pergi walaupun tidak berapa menarik tapi kalau dapat luangkan masa dengan anak-anak dan suami semuanya jadi menarik kan. Yang penting kita enjoice.hehe

Ceh impian rasanya nak pergi pulau sipadan kalau diberi kesempatan dan rezeki lebih.kene ada target ni.hehe. jOm zoom sikit mengenai pulau sipadan di sabah antara pulau tercantik di dunia.





Tuesday 10 December 2013

BERJAYA HAMIL DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE



NAK HAMIL...
TAPI HORMON TAK STABIL?
PERIOD TAK TERATUR?
MASALAH CYST? 


Cahaya mata adalah anugerah yang tak ternilai harganya. Bagi pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata, pastinya ia dugaan yang hebat dalam hidup mereka.

Namun Allah lebih Mengetahui. Sebagai hambaNya kita kenalah redha, dalam masa yang sama, kita kena berusaha.

Antara tanda utama pasangan lambat mendapat cahaya mata ialah kitaran haid isteri yang tidak teratur.

Haid yang tidak teratur ini menjadi petanda terdapat masalah kesuburan pada ovari. Selain itu, sperma suami yang lemah juga menyebabkan persenyawaan gagal berlaku.

Jadi penyelesaian terbaik suami dan isteri kenalah sama-sama beriktiar. Berikut ialah Set Kesuburan Shaklee untuk suami dan isteri, sebagai salah satu usaha meningkatkan kesuburan bagi mendapatkan cahaya mata..




SET KESUBURAN ISTERI

1) GLA

GLA membantu kitar haid yang tidak teratur dan masalah senggugut yang kerap dialami sewaktu pre-menstrual
GLA membantu meningkatkan sistem kesuburan isteri, sekaligus meningkatkan potensi persenyawaan untuk berlaku
Membantu sperma untuk terus hidup lebih lama dalam Tiub Fallopio sekaligus meningkatkan peluang persenyawaan.

2) ESP

Memastikan sel ovum dalam keadaan sihat bagi memudahkan persenyawaan
Merupakan makanan asas untuk memastikan sel-sel dalam badan sihat dan sempurna


SET KESUBURAN SUAMI

1) Zinc

Kandungan zinc dalam prostat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain. Justeru ia adalah mineral yang penting untuk kesuburan lelaki, mesti ambil ya..
Sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki dan menguatkan sperma suami

2) Vitamin E

Memperbaiki kuantiti, kualiti dan memperkuat sperma lelaki supaya dapat bertemu dengan ovum.
Merupakan antioksidan yang dapat menghalang radikal bebas dalam tubuh badan daripada merosakkan sperma dan ovum. Oleh itu, pengambilan Vitamin E yang mencukupi adalah penting bagi menjaga kualiti sperma yang dihasilkan. Taknak la nanti ada risiko dapat anak yang tak sempurna...
Merangsang LIBIDO iaitu keinginan seks, kerana ia meningkatkan paras testosteron dalam badan. Kekurangan testosteron menyebabkan nafsu semakin menurun dan stamina semakin berkurangan.

Untuk Pertanyaan dan Pembelian, anda boleh menghubungi saya seperti:
Norashikin Saaaid (ID 924444)
FB: www.fcebook.com/Shikin Apit
Page: TheComel Health & Beauty Online Store
No Tel: 012-2725334
Email: shikinsaaaid@gmail.com
COD Area: Kajang, Bangi, Semenyih, Balakong, Putrajaya, Cyberjaya

DAY 1: INTRODUCE AND A LITTLE BIT ABOUT YOU. RECENT PICTURE OF YOURSELF


Teks: Shikin Saaaid

Assalammualaikum

Hari ini bermulalah cabaran pertama.Cabaran apa itu? Cabaran dari Mama Azrin, merangkap grandnanny saya dalam group shaklee. Tajuk cabaran ini ialah 30days ENTRY CHALLANGE. Maknanya bermula hari ini sehingga 7hb Januari 2014 saya mesti membuat satu entry di dalam blog ini selama 30hari. Tajuk sudah ditetapkan untuk setiap entry. Untuk hari pertama ni saya ingin perkenalkan serba sedikit mengenai latar belakang diri saya

Nama saya Norashikin Binti Saaaid. Saya tinggal di Bandar Teknologi Kajang. Saya anak kedua daripada 6 orang adik beradik. Hasil perkongsian hidup dengan Afifi Bin Amir kami telah dikurniakan 2 orang cahayamata lelaki dan Insha Allah yang ketiga akan lahir pada awal bulan Jun 2014. Anak pertama diberi nama Muhammad Aqif Shafi Bin Afifi, 3 tahun manakala anak kedua Muhammad Arif Ziqri, 2 tahun. Nama anak punya panjang tapi nama bapaknya sepatah je.hehe.




Saya sekarang bekerja di SONY EMCS SDN BHD sebagai Jurutera. Setiap tahun SONY ada jualan murah untuk pelbagai produk pilihan jadi kalau anda berminat bolehlah hubungi saya.Hehe. Selain itu saay juga adalah pengedar shaklee di kawasan Kajang, bangi, semenyih dan balakong. Jika anda ingin dapatkan produk shaklee secara COD boleh terus menghubungi saya juga.Saya mula terlibat dengan bisnes shaklee ini pada Februari 2013. pada mulanya saya ingin menambah pendapatan sampingan sahaja tapi setelah membaca kebaikan dan kelebihan produk shaklee akhirnya saya juga adalah pengguna TEGAR produk ini. Sebenarnya harga produk shaklee sangat berpatutan berbanding brand lain. Kenapa?. Kerana produk ini dijamin SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI.

Saya rasa rugi sekiranya kehebatan dan keberkesanan produk ini tidak dikongsi bersama dengan anda di luar sana. Memberi lebih baik dari menerima. Tujaun utama ialah memberi kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa shaja daalm memperbaiki taraf kesihatan keluarga anda. Tetapi jangan lupa setiap penyakit yang Allah beri adalh sebgai peringatan dan penghapus dosa. Tidak semestinya anda mengambil supplimen anda bebas dari sebarang penyakit. Semuanya atas kejhendak Allah jua dan kita sebagai insan yang lemah perlu berusaha untuk meningkatkan kesihatan optimum diri kita.









DAY 2: MEANING BEHIND YOUR BLOG NAME

Teks: Shikin Saaaid


Cabaran untuk hari kedua. Makna disebalik nama blog.Usia blog ini baru 4bulan.Blog ini terhasil setelah 4 bulan saya berkecimpung dalam bisnes Shaklee. Kira muda lagi la kan. Tajuk blog iaitu ‘CERITA KESIHATAN’ ini dipilih kerana bersesuaian dengan produk Shaklee yang menjurus kepada kepentingan  kesihatan diri dan keluarga.




Untuk nama blog saya memilih Norashikin Said iaitu nama saya sendiri untuk mudah diingati.Selain itu juga  blog ini bukan sahaja untuk menjual produk Shaklee tapi juga untuk berkongsi tips-tips kesihatan,kecantikan dan kekeluargaan. Saya juga ada menulis mengenai pengalaman dan berkongsi cerita mengenai  kehidupan saya. 

Target saya ialah saya nak mereka tahu bahawa blog saya ini bukan sekadar menjual produk semata-mata. Saya nak berkongsi semua cerita yang boleh memberi manfaat kepada mereka diluar sana.Saya harap dengan menyahut cabaran ini sekaligus saya dapat memperkenalkan blog ini kepada umum. Doakan semoga saya dapat menghabiskan cabaran ini.



linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...