Ads 468x60px

Thursday 19 December 2013

DAY 4: ALL ABOUT MY PARENT

Teks: Shikin Saaaid

Kali ini saya ingin berkongsi cerita mengenai ibu bapa saya yang merupakan orang paling penting dimana saya berada sekarang. Semestinya jasa dan pengorbanan mereka tidak dapat kita balas. Membesar dalam keluarga yang penuh kesederhanaan mengajar saya erti hidup sebenar. Mungkin ini menjadi pendorong untuk saya Berjaya dan mengubah hidup keluarga.

Ayah, Saaaid Bin Ibrahim seorang Pesara kerajaan berumur 62 tahun. Beliau dilahirkan di Sabak Bernam,Selangor.Sebelum ini beliau bekerja sebagai Pengawal keselamatan di Radio Televisyen Malaysia,Kajang. Beliau seorang yang garang dan tegas.Walaupum garang tapi ada masa juga beliau seorang yang kelakar dan membuat anak-anak ketawa.

Beliau sering memberi kata-kata motivasi supaya Berjaya dalam pelajaran untuk kesenangan di masa hadapan.Beliau tidak mahu anak-anak mengikut jejak langkah belaiu yang hanya bersekolah sampai tingkatan 3 sahaja. Di sebabkan kesempitan hidup pada masa itu ayah sanggup berhijrah ke KL untuk mencari pekerjaan. Banyak pengajaran dan  pengalaman yang ayah ceritakan pada kami adik beradik.

Emak pula Salmah Binti Hassan Basri seorang Guru Kafa di Sekolah Rendah Agama Sungai Sekamat dan sekarang berumur 56 tahun. Mula mengajar pada tahun 1997. Sebelum itu mak hanya suri rumah sepenuh masa. Di sebabkan pendapatan ayah tidak cukup untuk menampung pembelanjaan keluarga kami jadi mak akhirnya tekad untuk membantu meringankan beban ayah. Mak seorang yang lembut dan penyabar. Saya kagum denagan mak, walaupun ada masalah beliau tidak akan tunjuk depan anak-anak. Kekuatan emak yang menjadi saya kuat pada hari ini.

Terima Kasih Mak dan Ayah atas jasa dan pengorbanan selama membesarkan Angah dan adik-adik lain. Mungkin kami tak dapat membalas jasa mereka tapi angah tak kan lupa berdoa untuk mak dan ayah.Impian angah ingin membawa mak dan ayah pergi haji pada tahun 2015.

Love both of you forever N Ever


0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...