Ads 468x60px

Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Wednesday, 16 October 2013

Sanggup lepaskan jawatan kerana anak-anak tersayang

Teks: Shikin Saaaid
Assalammualaikum. Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat islam di Seantaro Dunia. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberi kesempatan untuk menyambut hari yang mana mengingatkan kita tentang sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya NAbi Ismail AS. Begitu besar pengorbanan seorang bapa yang Taat kepada perintah Allah dan sanggup mengorbankan anaknya sendiri. Sempena denagn hari raya korban ini, saya ingin berkongsi cerita sebuah pengorbanan seorang ibu untuk keluarga tercinta.


Pagi tadi saya baru sahaja terima mesej dari kawan sama-sama belajar di UM dahulu. Status di FB pun seperti beliau ada masalah. Katanya sudah seminggu bercuti di kampong untuk berfikir jalan penyelesaian terbaik. Saya pun bertanya apa masalah yang dia hadapi yela mana tahu saya boleh tolong. Saya namakan dia sebagai Nani. Nani pun ceritalah yang dia akan menghantar surat resign pukul 4 petang ini. Kenapa kerana  seperti tidak percaya tapi dalam fikiran saya mungkin kerana family dan anak-anak. Sebab sebelum ini dia ada beritahu saya yang anak lelakinya Hayqal berumur 2tahun sudah 19 kali tukar taska kerana tidak serasi dan sering menangis setiap kali di  hantar ke taska. Ada macam-macam kes yang berlaku di taska sebab pernah mata anaknya lebam dan dia juga pernah Nampak pengasuh menghalakan rotan ke muka anaknya.Sampai 19 taska telah di cuba tapi semua gagal.Nani ni kalau nak tahu dia bekerja sebagai Project Manager di Sebuah company di KAjang. Pekerjaannya memerlukan dia memantau projek diluar bukan sahaja di KL tapi di seluruh negeri yang berkaitan dengan projek company. Kekadang sampai seminggu dia terpaksa hantar anak ke kampong iaitu Kluang Johor kerana serik dengan taska yang tidak boleh dipercayai.

Disebabkan selalu di tinggalkan oleh ibu bapa jadi nani dapat kesan yang anak perempuannya Delisya lebih rapat dengan neneknya berbanding dirinya dan anak lelakinya Hayqal pula mengalami kemurungan kerana tidak mendapat kasih sayang yang sepatutnya. Ibu bapa mana yang tidak sedih bila anak yang tercinta mendapat kesan negatif hasil dari memberi sepenuh komitmen kepada kerjaya untuk kesenangan anak-anak. Alhamdulillah, Nani cepat sedar akan perubahan pada anak-anaknya. Selepas melakukan sembahyang istikharah, Allah memberi petunjuk untuk dia menjaga suami dan anak-anaknya. Nani sedar bahawa kesenangan di dunia bukan yang dicari selama ini tapi kebahagiaan famili dan anak-anak adalah segalanya sekarang. Ini lah erti sebuah pengorbanan.. berkorban kerjaya yang begitu dicintai untuk anak-anak yang sukar dicari ganti dengan kebahagiaan yang hilang dari hari ke hari. Tidak sanggup membebankan keluarga di kampong juga antara penyebab nani meletakakn jawatan sebagai Projek Manager yang sudah berpendapatan 5 angka. Apalah sangat kalau hendak dibandingkan dengan kegembiraan dan kepuasan  menjaga anak sendiri di depan mata. Semoga pengorbanan kawan kita ini menjadi pembakar semangat kepada ibu-ibu di luar sana. Tahniah nani kerana membuat keputusan bijak.

Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia”

Friday, 20 September 2013

KESERONOKAN PLAYGROUP EXCEL QHALIF

Teks: Norashikin Said

Assalammualaikum..
Apa aktiviti anda dan anak-anak pada hujung minggu?.KeBiasaan hari ahad ibu bapa akan membawa anak berjalan-jalan ke pusat membeli belah, berkelah atau membuat aktiviti keluarga.Tapi lain pula saya ,saya akan bawa anak ke kelas Playgroup Excel Qhalif di Reko Sentral.Apa itu playgroup?.Yang saya faham mengenai Playgroup atau kumpulan bermain ialah di mana anak-anak usia pra sekolah bermain dan belajar serta melakuan aktiviti bersama ibu bapa masing-masing secara berkumpulan.Sudah 7 bulan Aqif mengikuti kelas playgroup yang diajar oleh Teacher Ayu. Kelas aqif bermula pukul 10-11 pagi. Dalam kelas itu terdapat lebih kurang 10 orang pelajar dari umur 2tahun – 5 tahun. Syarat nak masuk kelas ni ialah ibu atau bapa perlu duduk sekali dengan anak dan bersama-sama melakukan aktiviti  dan permainan yang disediakan.

Objektif utama saya berminat untuk masukan anak ke kelas playgroup ni adalah untuk membina keyakinan dalam diri anak,menguatkan ikatan antara ibu dan anak dan meluangkan masa yang berkualiti bersama anak.Sebagai ibu bekerjaya, kita tiada masa untuk bermain dengan anak2, jika ada pun hanya beberapa jam sehari. Anak2 memerlukan perhatian yang lebih daripada kedua ibubapa.Justeru kelas ini adalah inisiatif untuk saya tahu masalah anak saya dan sebagai medium untuk anak saya menambah kenalan, memberi peluang kepada anak untuk berseronok dan membina skil dan kreativiti melalui pembelajaran dan permainan yang tidak formal.

Yang seronoknya program ini mempunyai 6 modul yang mengambil masa selama 8 minggu untuk diajarkan untuk setiap modul. Semua fokus dan subjek yang di ajarkan setiap minggu merangkumi pengenalan diri anak-anak, keluarga, warna-warni, makanan yang sihat, kepelbagaian binatang dan Kebesaran Ciptaan Allah. Terdapat 4 komponen utama yang di terapkan di dalam Playgroup ini antaranya Thematic , Permainan Aktif , Pengenalan Awal Huruf dan Kesenian & Kraf. Anak-anak  akan di latih belajar di dalam medium menari, menyanyi , bermain di dalam kumpulan dan alatan, melukis dan mencipta kraftangan dan origami.Belajar dalam keseronokkan!!!!.Bukan anak je teruja mama pun teruja nak buat sekali.Mula masuk kelas anak saya memang susah nak ikut pergerakan yang Teacher Ayu buat tapi lama kelamaan anak saya boleh ikut apa yang teacher ajar.Seronok sangat.Kalau nak tahu dengan lebih lanjut pasal kelas Playgroup ini boleh la jenguk laman web ni www.excelqhalif.com/

Monday, 9 September 2013

MELANGKAH SETAPAK DENGAN BERBLOG


Teks: Norashikin Said
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum kawan2 dan bloger2…


Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan kepada kita.Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki dan rahmat kepada kita.Definisi blog pada pandangan saya ialah satu laman yang menempatkan tentang topik-topik berdasarkan minat dan kemahiran seseorang blogger.Blog juga untuk menzahirkan apa yang dirasakan di dalam diri seseorang. Boleh juga dikatakan sebagai terapi diri (diari online).Bukan sahaja boleh berkongsi maklumat dan info malah boleh  menjana pendpatan dengan berblog.Zaman sekarang semua maklumat hanya dihujung jari sahaja. Bisnes online sudah menjadi fenomena luar biasa pda masa kini lantaran dengan permintaan dan kemudahan internet yang semakin meluas.Apa salahnya peluang yang ada di depan mata dimanfaatkan dengan berbisnes sakaligus dapat berkongsi tips kecantikan dan kesihatan untuk para ibu dan jelitawan diluar sana.Mana tahu 2tahun lagi saya mampu menjana pendapatan 5angka dan menjadi WAHM kan.Insya Allah, doakan impian saya menjadi kenyataan yer.

Terdetik dihati nak buat blog sejak menjadi ahli Shaklee lagi.Ini salah satu cara nak meluaskan empayar SHAKLEEku sebab ramai yang berjaya menjual produk Shaklee melalui blog masing-masing. Perasaan berkobar-kobar memang ada tapi turun naik jela.Kejap rasa nak buat kejap rasa malas dan tidak cukup masa.Macam-macam alasan bermain difikiran kan.Negatif sungguh pada masa itu. Bermula sungguh-sungguh nak buat blog pada bulan 6 hari tu.Masa tu saya nak cuba buat sendiri tanpa pertolongan atau tunjuk ajar sesiapa. Bajet pandai sangat la kan.Saya cuba google cara buat blog dan memang banyak panduan yang saya perolehi tapi bila saya cuba buat sendiri berpandukan maklumat dalam google saya rasa susah dan ambil masa lama untuk siapkan blog.Saya tekad nak upah orang buat blog saya. Saya sudah berkenan dengan satu company ni yang boleh menghasilkan blog yang saya inginkan.Harga untuk upah buat blog ni RM280 tapi terma dan syarat pulak buat saya susah nak beri komitmen. Akhirnya terkubur macam tu sahaja.

Bermulalah terdetik di hati untuk mengikuti kelas asas blog ni apabila nisa nua merangkap kawan sekolah lama dan kawan FB saya yang menganjurkan kelas ini. Pada mulanya saya hanya membaca status dalam facebook mengenai kelas ini.Setiap status yang nisa tulis pasti saya baca sebab saya suka gaya penulisan nisa yang santai dan bersahaja seperti ada magnet pada penulisannya.Makin lama makin ramai yang masuk sehingga saya terlepas yuran promosi rm130 pada bulan Jun.Tak boleh jadi ni saya mesti mula buat blog dan makin  lambat harga pasti naik dan tak kan nak tunggu dan tengok sahaja.Pada 19 Julai 2013 tangan ni ringan je untuk mesej nisa bertanya pasal kelas asas blog.Sebelum itu, saya tanya pendapat suami saya akan niat untuk masuk kelas asas berblog.Mula-mula hubby ingat  kene datang ke kelas tiap2 minggu tapi selepas saya terangkan hanya perlu 100% Online sahaja jadi dia pun setuju.Yang bestnye Kelas Online bawah Nisa ni kita tiada had masa yang ditetapkan tapi kalau cepat hasil cepatlah menuai kan.Masa untuk buat blog pun mengikut masa terluang dan sangat fleksible. Selain dapat menjana pendapatan dengan berblog dapat juga membaiki hasil penulisan saya yang tunggang terbalik ni.Dah lama rasanya tak menulis karangan panjang macam ni.Takpe dari berblog ni juga saya dapat meningkat kan gaya penulisan saya nanti. Yuran serendah Rm150 dengan percuma 2 Ebook memang sangat berbaloi dengan ilmu dan panduan yang saya dapat dalam menghasilkan blog yang berkualiti.Bukan itu sahaja, peserta kelas blog akan di invite ke secret grup Belajar Asas Blog.Di samping dapat menambah kenalan baru terdapat juga info-info dan tips yang boleh kita perolehi sebagai persediaan untuk mejadi WAHM.Jangan takut melangkah setapak kerana kejayaan bermula dengan keberanian langkah anda. Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran KELAS ASAS BLOG  boleh terus ke link http://khairunnisahamzahara.blogspot.sg/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html

#TERIMAKASIH Nisa Nua dan Masayu Ahmad
#WAHMtobe
#JUTAWANSHAKLEE

Wednesday, 4 September 2013

CORETAN DIRIKU

Assalammualaikum…


Akhirnya pengenalan pertama  yang dinanti berjaya juga dihasilkan…terima kasih Nisa Nua atas tunjuk ajar . Sebelum ini saya sudah  cuba buat blog sendiri tanpa ada bimbingan siapa2 tapi sampai sekarang tak berhasil ..Lain belaja sendiri dengan berguru ni.Guru boleh membimbing kita kalo tersilap langkah tapi belaja sendiri kalo salah tiada siapa yang tegur..betul tak..Menulis blog ni betul2 memerlukan masa dan komitmen yang gitu..Tapi kalo nak seribu daya tak nak seribu alasan..
Banyak pulak saya celotehkan..Tula dah mula nak berkarangan ni ayat pun bunga2 la dulu…Saya ceritakan serba sedikit latar belakang saya dan family.Nama saya Norashikin Binti Saaaid. Saya mempunyai dua orang hero yang comel dan aktif, Muhammad Aqif Shafi 3 tahun dan Muhammad Arif Ziqri 2 tahun hasil perkongsian hidup dengan Afif Bin Amir.
Saya dilahirkan di Sabak Bernam Selangor dan membesar di Kajang..Saya mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kajang dan Sekolah Agama Simpang Balak.Manakala Pendidikan menengah pula di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat(SAMTEN).Selepas itu saya sambung belajar  ke Matrikulasi Maxisegar Rawang selama 1tahun dalam jurusan sains fizik.Untung lahir 1984 ni sebab tahun ni je matrikulasi setahun lepas tu dah mula 2tahun.Habis matrik terus masuk UM dalam jurusan kejuruteraan Elektrik selama 4tahun..lamanye..tapi tak terasa pun 4tahun tu.Selama  4tahun tu saya tinggal di Kolej KEdiaman Pertama.Kolej yang banyak memberi nostalgia suka dan duka.
Selepas bertungkus lumus belajar akhirnya Alhamdulillah dapat kerja pertama di JVC Manufacturing Malaysia Sdn Bhd.Rasa penat blaja tu berbalas la bila dapat kerja. Saya mula bekerja pada 27 Jun 2007 sebagai Jurutera Elektik di bawah jabatan Research & Developmetn Centre.Selama bekerja di JVC ni banyak suka dan duka, tawa dan tangisan.Masih ingat lagi mula2 masuk fasa pekerjaan bermacam dugaan dan cabaran.Masa tu saya tak mampu lagi beli kereta dan kerja saya memerlukan kerja lebih masa. Jadi terpaksa la saya naik bas hari2 selama  4bulan. Lepas tu baru dapat beli kereta untuk memudahkan saya ualng alik dari rumah sewa ke ofi s dan boleh la saya buat OT. Hari2 boleh dikatakan balik pukul 10 atau lebih. Kalo tak OT keje tak siap la. Nak tahu apa yang saya buat?.Saya design board dan buat testing audio produk. Pernah tak tengok board warna hijau pastu di borad tu ada part kecik2 contoh perintang, kapasitor dan IC.Itu la yang saya design.Dari  zero to hero. Maksudnya sampai audio produk tu berfungsi la. Paling seronok kalo dapat baiki board yang rosak. Rasa nak bagitahu satu dunia yang board aku dah berfungsi..lalalala..Persekitaran kerja di JVC memang seronok walaupun banyak keje tapi masa borak tu mesti ada.Tapi masa rehat jela kitaorang borak pun.Hari demi hari dan tahun demi tahun ramai senior yang ambil VSS sebab syarikati kerugian dan tak mencapai profit yang ditetapkan.Ramai yang berhenti dan bertukar ke company yang lebih stabil.Tapi  belum ade rezeki lagi nak tukar.Keinginan tu ada tapi saya nak tunggu dulu sebab kami dah beli rumah kat Bandar teknologi Kajang jadi lebih baik cari kerja berdekatan dengan rumah.Dah serik la kerja ulang alik dari Damansara ke Shah Alam..Balik keje nak tempuh kesesakan jalan LDP tu…nak kejar2 masa amik anak lagi..kalo lambat ambik anak2 rasa bersalah dan rasa kesian pulak duduk lama2 kat rumah pengasuh. Akhirnya rumah kami siap pada Bulan Julai 2012..saya pun kene mula cari kerja lain tapi takde rezeki lagi..
Pada bulan Oktober 2012 apa yang terjadi?..jeng jeng jeng..Perjumpaan diadakan untuk memberitahu yang Jabatan R&D audio akan ditutup berkuatkuasa pada 31 Oktober 2012..semua senyap dan terkejut.Sebulan saja saya dan kawan2  kene cari kerja lain.Masa ni ada yang marah ada yang nangis tapi saya pulak takde apa2 perasaan sebab saya memang nak berhenti  dan saya fikir ini rezeki saya.Saya berhenti dengan dapat duit pampasan lebih dari RM15K..Alhamdulillah..Rezeki untuk rumah baru saya.
Dalam sebulan tu asyik mengadap jobstreet je.Akhirnya saya dapat offer dari dua company iaitu IRIS Corparation dan SONY EMCS.HAsil perbincangan denagn hubby kami sepakat memilih SONY sebab dekat dengan rumah dan kalo apa2 berlaku pada anak, saya sampai cepat .Alhamdulillah rezeki dari ALLAH, Allah akan bagi bila kita betul2 inginkan sesuatu.Bermula la fasa baru bekerja di SONY, persekitaran berbeza 90% tapi saya tetap design board. Di sony kemahiran kita hanya design board sahaja.Kerja lain tak sentuh pun berbeza dengan JVC sebab  saya la yang design, baiki board, buat testing, dan macam2 lagi..Banyak Ilmu saya pelajari di JVC.
MINAT? Semua orang mesti ada minat masing2 kan.Apa yang saya minat yer.errrmmmm...Saya suka melukis. Saya ada kemahiran melukis tau..Saya suka kepada bende yang nampak cantik seperti hiasan dalaman, hiasan luaran, dekorasi. Kalo nak tahu saya pun kreatif bab design card.Masa belajar dulu setiap kali birthday boyfren saya (hubby dah sekarang), saya buat card birthday sendiri.Siap ada tali boleh gantung kat dinding.Untung hubby saya sekarang.Isteri die kreatif..hehe..Kad tu masih tersimpan rapi..kalo ada masa saya upload kan nnt yer..
Masuk bab bisnes pulak . Saya pernah jual tudung secara kecil-kecilan di ofis.Mula jual tudung sebab orang asyik puji tudung saya cantik. Cantik ke?.mumgkin saya pandai pilih tudung kot.Saya pun fikir baik saya buat bisnes jual tudung. Tapi sebab takde modal untuk jual jadi saya hanya jual di ofis saya dan ofis kakak saya. Untung sikit2 tu adalah lepas tu saya berhenti jual tudung sebab takde modal . Saya nak buat bisnes tapi saya tak tahu selok belok bisnes dan saya takde keyakinan dan semangat yang kental masa tu. Walaupun gaji saya cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga tapi saya fikir sampai bile saya nak makan gaji je.Kalo increment pun setakat  rm150 setahun.Cukup ke dengan harga keperluan, barang untuk anak2 seperti pampers dan susu yang semakin meningkat. Impian saya banyak tapi takkan saya nak duduk dalam zon selesa sampai umur 50. Saya tekad untuk mengubah kehidupan family saya. Bermula la saya bekerja part time sebagai SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR.Kenapa saya memilih Shaklee  1) Tiada Modal diperlukan 2) Keberkesanan produk 3) Bonus bulanan, bonus kereta, bonus persidangan national.
Matlamat atau Impian?Macam mana kita nak capai matlamat tu.Mesti ada target dan kesungguhan beserta usahakan..Apa yang saya praktikan saya tulis dalam buku matlamat saya dengan jelas dan spesifik.Nak tahu ke MATLAMAT saya?
MATLAMAT 3TAHUN DARI SEKARANG
1)      BAWA MAK AYAH PERGI UMRAH PADA 25 MAC 2015 (Persidangan National)
2)      BAWA MAK AYAH PERGI HAJI PADA 1 DIS 2016
3)      BEBAS HUTANG-PTPTN,PERSONAL LOAN PADA 9 MEI 2015
4)      FAMILI UMRAH PADA 25 JUN 2015
5)      FAMILI HAJI PADA BULAN PUASA 2020
6)      BELI KERETA CRV 2.4L WARNA BIRU(CAR BONUS) PADA 1 JAN 2015
7)      RENOVATE RUMAH DAPUR(RM15K)PADA 25 DIS 2014, LAMAN SANTAI(RM5K)2 FEB 2015, PORCH(RM10K)2 FEB 2015, BERANDA (RM10K) PADA 1 MAC 2015
8)      SIMPANAN 30% DARI BONUS BULANAN START SV & INVESMENT 20% DARI BONUS START SR SV
9)      WAHM 1 APRIL 2015
MATLAMAT 6 TAHUN DARI SEKARANG
1)      MEMPUNYAI BISNES PAKAIAN MUSLIMAH JENAMA SENDIRI SEPERTI TUDUNG, JUBAH, SKIRT, BLAUS



linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...