Teks: Norashikin Said
Assalammualaikum..
Apa aktiviti anda dan anak-anak pada hujung minggu?.KeBiasaan hari ahad ibu bapa akan membawa anak berjalan-jalan ke pusat membeli belah, berkelah atau membuat aktiviti keluarga.Tapi lain pula saya ,saya akan bawa anak ke kelas Playgroup Excel Qhalif di Reko Sentral.Apa itu playgroup?.Yang saya faham mengenai Playgroup atau kumpulan bermain ialah di mana anak-anak usia pra sekolah bermain dan belajar serta melakuan aktiviti bersama ibu bapa masing-masing secara berkumpulan.Sudah 7 bulan Aqif mengikuti kelas playgroup yang diajar oleh Teacher Ayu. Kelas aqif bermula pukul 10-11 pagi. Dalam kelas itu terdapat lebih kurang 10 orang pelajar dari umur 2tahun – 5 tahun. Syarat nak masuk kelas ni ialah ibu atau bapa perlu duduk sekali dengan anak dan bersama-sama melakukan aktiviti dan permainan yang disediakan.
Objektif utama saya berminat untuk masukan anak ke kelas playgroup ni adalah untuk membina keyakinan dalam diri anak,menguatkan ikatan antara ibu dan anak dan meluangkan masa yang berkualiti bersama anak.Sebagai ibu bekerjaya, kita tiada masa untuk bermain dengan anak2, jika ada pun hanya beberapa jam sehari. Anak2 memerlukan perhatian yang lebih daripada kedua ibubapa.Justeru kelas ini adalah inisiatif untuk saya tahu masalah anak saya dan sebagai medium untuk anak saya menambah kenalan, memberi peluang kepada anak untuk berseronok dan membina skil dan kreativiti melalui pembelajaran dan permainan yang tidak formal.
Yang seronoknya program ini mempunyai 6 modul yang mengambil masa selama 8 minggu untuk diajarkan untuk setiap modul. Semua fokus dan subjek yang di ajarkan setiap minggu merangkumi pengenalan diri anak-anak, keluarga, warna-warni, makanan yang sihat, kepelbagaian binatang dan Kebesaran Ciptaan Allah. Terdapat 4 komponen utama yang di terapkan di dalam Playgroup ini antaranya Thematic , Permainan Aktif , Pengenalan Awal Huruf dan Kesenian & Kraf. Anak-anak akan di latih belajar di dalam medium menari, menyanyi , bermain di dalam kumpulan dan alatan, melukis dan mencipta kraftangan dan origami.Belajar dalam keseronokkan!!!!.Bukan anak je teruja mama pun teruja nak buat sekali.Mula masuk kelas anak saya memang susah nak ikut pergerakan yang Teacher Ayu buat tapi lama kelamaan anak saya boleh ikut apa yang teacher ajar.Seronok sangat.Kalau nak tahu dengan lebih lanjut pasal kelas Playgroup ini boleh la jenguk laman web ni www.excelqhalif.com/
0 comments:
Post a Comment