Teks: Shikin Saaaid
Assalammualaikum. Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat islam di Seantaro Dunia. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberi kesempatan untuk menyambut hari yang mana mengingatkan kita tentang sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya NAbi Ismail AS. Begitu besar pengorbanan seorang bapa yang Taat kepada perintah Allah dan sanggup mengorbankan anaknya sendiri. Sempena denagn hari raya korban ini, saya ingin berkongsi cerita sebuah pengorbanan seorang ibu untuk keluarga tercinta.
Pagi tadi saya baru sahaja terima mesej dari kawan sama-sama belajar di UM dahulu. Status di FB pun seperti beliau ada masalah. Katanya sudah seminggu bercuti di kampong untuk berfikir jalan penyelesaian terbaik. Saya pun bertanya apa masalah yang dia hadapi yela mana tahu saya boleh tolong. Saya namakan dia sebagai Nani. Nani pun ceritalah yang dia akan menghantar surat resign pukul 4 petang ini. Kenapa kerana seperti tidak percaya tapi dalam fikiran saya mungkin kerana family dan anak-anak. Sebab sebelum ini dia ada beritahu saya yang anak lelakinya Hayqal berumur 2tahun sudah 19 kali tukar taska kerana tidak serasi dan sering menangis setiap kali di hantar ke taska. Ada macam-macam kes yang berlaku di taska sebab pernah mata anaknya lebam dan dia juga pernah Nampak pengasuh menghalakan rotan ke muka anaknya.Sampai 19 taska telah di cuba tapi semua gagal.Nani ni kalau nak tahu dia bekerja sebagai Project Manager di Sebuah company di KAjang. Pekerjaannya memerlukan dia memantau projek diluar bukan sahaja di KL tapi di seluruh negeri yang berkaitan dengan projek company. Kekadang sampai seminggu dia terpaksa hantar anak ke kampong iaitu Kluang Johor kerana serik dengan taska yang tidak boleh dipercayai.
Disebabkan selalu di tinggalkan oleh ibu bapa jadi nani dapat kesan yang anak perempuannya Delisya lebih rapat dengan neneknya berbanding dirinya dan anak lelakinya Hayqal pula mengalami kemurungan kerana tidak mendapat kasih sayang yang sepatutnya. Ibu bapa mana yang tidak sedih bila anak yang tercinta mendapat kesan negatif hasil dari memberi sepenuh komitmen kepada kerjaya untuk kesenangan anak-anak. Alhamdulillah, Nani cepat sedar akan perubahan pada anak-anaknya. Selepas melakukan sembahyang istikharah, Allah memberi petunjuk untuk dia menjaga suami dan anak-anaknya. Nani sedar bahawa kesenangan di dunia bukan yang dicari selama ini tapi kebahagiaan famili dan anak-anak adalah segalanya sekarang. Ini lah erti sebuah pengorbanan.. berkorban kerjaya yang begitu dicintai untuk anak-anak yang sukar dicari ganti dengan kebahagiaan yang hilang dari hari ke hari. Tidak sanggup membebankan keluarga di kampong juga antara penyebab nani meletakakn jawatan sebagai Projek Manager yang sudah berpendapatan 5 angka. Apalah sangat kalau hendak dibandingkan dengan kegembiraan dan kepuasan menjaga anak sendiri di depan mata. Semoga pengorbanan kawan kita ini menjadi pembakar semangat kepada ibu-ibu di luar sana. Tahniah nani kerana membuat keputusan bijak.
“Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia”
0 comments:
Post a Comment